Selepas harungi pelbagai kontroversi, pentas akhir Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) akan melabuhkan tirainya malam ini yang memperuntukan wang tunai RM100,000 kepada juara.
Sepanjang tujuh minggu bersiaran, pelbagai kisah sensasi yang terpalit berbanding dua musim yang lalu.
GV3 peringkat akhir akan diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, malam ini bermula pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.
Jom kita imbas kembali 10 kontroversi yang berlaku.
1. Berebut mikrofon! Macam tipu je?
Kontroversi GV3 dimulakan apabila insiden penaja rancangan itu Datuk Seri Vida berebut mikrofon dengan kru produksi Astro. Dalam satu kenyataan Vida melahirkan rasa tak puas hati kerana Astro tidak benarkan dia bercakap bagi mempromosikan produk. Namun, netizen beranggapan, itu semua ‘poyooo’ kerana ia sebenarnya gimik dirancang untuk menambah rating.
2. Bomoh
Timbul desas-desus wujud amalan syirik kononnya ada perserta yang menggunakan bomoh untuk memperoleh kemenangan. Penyanyi Zur Eda antara individu yang dikaitkan sehingga imejnya diumpamakan seperti ‘mak lampir’. Zur Eda kesal dengan tuduhan itu.
3. Drama air mata Elly Mazlein
Penyanyi Elly Mazlein berjaya mencuri tumpuan ramai pada minggu pertama kemunculannya selepas terkait dengan isu keruntuhan rumah tangganya dengan Azmi Hatta.
Namun, Elly dilihat banyak bermain dengan ‘air mata’ selepas dikritik oleh juri, Datuk Ramli MS sehinggalah dia diumumkan terkeluar. Ada yang berkata, air mata yang ditumpahkan Elly itu hanyalah sandiwara semata-mata untuk menarik perhatian. Benarkah?
4. Mulut ‘lahar’ Nabil Ahmad
Konsert minggu kedua turut terkena tempias kontroversi apabila Nabil Ahmad dilebel sebagai pengacara bermulut ‘lahar’ oleh netizen. Ia gara-gara dia mengusik Elly Mazlein dengan berkata; “macam ini punya cantik pun berpisah jua” yang merujuk kepada status janda penyanyi itu. Nabil kemudian tampil memohon maaf pada minggu berikutnya.
ARTIKEL MENARIK: Didakwa Jadi Punca Rumah Tangga Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bergolak, Ummi Nazeera Tampil Beri PENJELASAN Sebenar!
Pada minggu ketiga Azharina Azhar tampil mempersembahkan lagu genre rege berjudul No Women No Cry dengan imej yang luar biasa. Azharina mengatakan pakaiannya dan juga aksesori yang dipakai malam itu bernilai RM300,000. Namun terdapat netizen yang melihat ia sesuatu yang agak kelakar kerana tidak percaya dengan nilai yang dinyatakan Azharina itu.
6. Apa hal Ameng? Terlupa lirik
Ameng yang terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Tiara pada munggu kelima membuka persoalan kenapakah dia masih dikekalkan dalam rancangan itu? Malah Ameng sendiri berasakan dia layak dikeluarkan.
Persoalan itu menyebabkan ada pihak mula berteka-teki kononnya Ameng mempunyai rating tinggi gara-gara dia bekas seorang banduan dan perlu dikekalkan dalam GV3. Ohh... Iye ke?
7. Zarul Husin rebah
Zarul Husin rebah dua jam sebelum memulakan persembahan pada minggu keenam menimbulkan macam-macam teka-teki. Timbul khabar angin ia ada kaitan dengan unsur-unsur khurafat.
Namun, Zarul mengakui, kesihatannya terganggu mungkin kerana rehat yang kurang dan dia telah mendapatkan rawatan segera selepas kejadian berkenaan.
8. Siti Sarah pengsan
Pada minggu keempat, Siti Sarah dilaporkan pengsan sebaik sahaja selesai membuat persembahan. Kejadian itu mengukuhkan pendapat kononnya terdapat unsur-unsur mistik atau dia sudah disihir. Namun, faktor kesihatan atau kurang rehat dikatakan punca terjadinya insiden berkenaan.
9. Nora Ariffin dikutuk, dihina
Tindakan Nora Ariffin memilih menyayikan lagu sendiri pada konsert separuh akhir GV3 mengundang padah selepas dia menerima kritikan dan hinaan oleh netizen. All I Ask nyanyian asal Adele adalah lagu pilihan media namun Nora memilih menggantikannya dengan lagu sendiri iaitu Sandiwara.
Bagaimanapun dua hari sebelum malam separuh akhir berlangsung, dia memilih menggabungkan kedua-dua lagu berkenaan sehinggalah dia tersingkir pada minggu itu.
Namun Nora dilihat terus tidak berpuas hati dengan nasib menimpanya. Maklumlah pada malam tersebut, peserta lain dilihat lebih teruk membuat persembahan berbanding dirinya.
10. Gmie dikunjungi saudara-mara
Suatu ketika dahulu tiada siapa pun mahu pandang kepada kumpulan Screen. Namun populariti GV3 telah menaikkan nama vokalisnya Gmie sehingga dia mengaku rumahnya sering dikunjungi saudara-mara untuk bergambar dan bertanya khabar.
Antara senarai lagu pada malam akhir GV3:
1. Siti Sarah - I Will Always Love You dan Matahariku
2. Zarul Husin - Gerhana dan Dendangan Laguku
3. Azharina - Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah
4. Ameng - Bougenvilla dan Romantis (lagu sendiri)
5. Intan Sarafina - Sedetik Lebih dan Kemelut Di Muara Kekasih
6. Gmie - Bila Bulan berwarna Biru dan Salam Terakhir
Jadi anda rasa siapakah yang bakal merangkul trofi Juara Gegar Vaganza malam ini?












0 comments:
Post a Comment