*#NDIVSNewsCommunity🇲🇾*
╔╗╔╦╗
║║╠╣╠╦═╗
║╚╣║═╣╩╣ *ѵαlíժ & ɾҽlíαճlҽ ղҽաs*
╚═╩╩╩╩═╝
```Secret Admirer``` 🥀🐿
*_Gadis Kenyit Mata Sudah Menyerah…_*
_✍🏻 Semalam baru saja kami up story tentang gadis kenyit mata yang manis ini… Apa pula dah jadi pada dia hari ni?_
_Dengarnya Norsuziyana Natasya Mohd Hasim sudah nakdeactive akaun Instagram, Twitter dan Facebook miliknya? Teruk sangat ke kena kecam dengan netizen sampai macam tu sekali?_
_Cuma sebab kenyit mata dan melambai pun kena kecam dengan teruk?_
_Haihh tak pasal-pasal sebabkan mulut longkang netizen, si manis ni nak tutup semua akaun media sosial dia. Tak boleh tengok orang senang langsung lah korang ni semua!_
_Walaupun ada yang menghentam kerana aksi spontannya, tapi ada juga yang turut memuji aksi comel itu kerana si cantik ini juga mempunyai rupa paras yang cantik._
_“Jurugambar suruh saya buat muka ‘cute‘, senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen.”_
_“Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis Hari Peneroka Felda 2017 itu dan dikaitkan dengan isu politik.”_
_Gadis yang mempunyai darah campur Cina ini berkata bahawa dia cuma menemani ibunya, Roslina Karim, 57, yang turut menghadiri sambutan itu. Ulasnya lagi, bapanya telah lama meninggal dunia._
_Walaupun rimas dan sering menangis apabila membaca komen yang diterima, namun ibu serta adik-beradiknya sering memberi sokongan agar dia tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif netizen._
_“Sejujurnya saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Orang di luar tidak mengenali saya, tetapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya, kenal saya macam mana,” katanya._
_Dengan kepakaran netizen yang jadi polis pencen, mereka telah menjumpai status Suziyana yang mengatakan bahawa dia sudah bertunang._
_Jadi, lelaki kat luar sana tu dah boleh slow slow undur diri lah ya. Hak orang ni…_
_Apa pun, sudah sudah lah tu nak kecam pun. Bukannya isu besar. Setakat kenyit mata macam tu pun kena kecam teruk!_
*_All Rights Reserved©_*
*#NDIVSNewsCommunity🇲🇾*
— Firdaus_Annuar (@97Firdausannuar) July 23, 2017


0 comments:
Post a Comment