Kereta ini berhenti di pinggir jalan, di dalamnya adalah sepasang lelaki dan wanita. Mereka berhenti dalam waktu yang cukup lama, namun orang di sekitar tidak berani untuk mengganggu mereka. Kaca filem tingkap kereta cukup tebal sehingga tidak dapat melihat keadaan didalam, namun kereta tersebut sama sekali tidak bergerak hingga senja.
Orang di sekitar pun tidak tahu apa yang dilakukan pasangan tersebut di dalam, namun kerana kereta tersebut tidak juga pergi, akhirnya ada beberapa orang yang cuba menelefon polis.
Setelah polis datang, polis cuba mengetuk pintu, namun tak dibuka.Akhirnya pintu kereta pun dibuka secara paksa, dan mereka ternampak perkara yang tidak mereka percayai. Kedua orang tersebut sudah meninggal dunia di tempat. Tapi, mengapa hal ini boleh terjadi? Mengapa dalam tempat yang begitu selesa, hal ini boleh terjadi ?!
Rupanya kerana mereka berdua menutup pintu dan tingkap dengan rapat dan kini sedang tidur di dalam kereta, menghirup terlalu banyak gas karbonmonoksida.
Ini adalah peristiwa yang benar-benar tragis. Semoga melalui kejadian ini, kita boleh lebih berhati-hati lagi. Jangan pernah menutup tingkap dan membuka AirCond saat tidur dalam kereta!
Malah Banyak kejadian ini sering kali berlaku seluruh dunia. Jangan biarkan kereta dalam keadaan ‘idle’ terlalu lama dengan aircond terbuka.

0 comments:
Post a Comment