Berita tergempar : 20 pelajar maut akibat sebuah Tahfiz di KL terbakar. Parti Islam-PAS Kunak mengucapkan takziah. Perlunya tahfiz dibantu oleh kita semua agar tahap keselamatan sentiasa terpelihara. Tangungjawab kita.
Innalillahiwainnailaihirojiun,
Untuk maklum semua, Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyh yang terletak di belakang pejabat 70X Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Jalan Keramat Hujung, dilaporkan terbakar awal pagi tadi dan dianggarkan lebih 5 buah lori bomba telah berada dilokasi bagi misi menyelamat mangsa yang dianggarkan hampir 20 orang maut.
Jalan utama juga terpaksa ditutup. Sekiranya anda ingin membuat aduan dan telah membuat temu janji di pejabat kami, anda perlu menaiki LRT (Jelatek/Dato Keramat). Sekiranya anda menaiki kenderaan (kereta) anda boleh meletakkan kenderaan anda di parking LRT Jelatek sehingga misi menyelamat selesai.
Pejabat juga terpaksa ditutup buat sementara waktu, sehingga misi selesai.
Al-Fatihah
Inilah surat salah seorang mangsa :-

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka. Amin








0 comments:
Post a Comment